16 Disember 2020 - 16:23
Ali Khamenei dedah rancangan balas pembunuhan Qassem Soleimani

Khamenei menegaskan pembalasan terhadap pembunuh dan dalangnya akan terjadi pada bila-bila masa sehingga pasukan Amerika di rantau itu disingkir.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei berkata pada hari Rabu bahawa, "Menyingkirkan pasukan Amerika dari rantau itu akan menjadi tamparan paling kuat terhadap pembunuhan Qassem Soleimani."

Beliau menegaskan, "Balas dendam terhadap Qassem Soleimani tidak dapat dielakkan, dan bila-bila pun mungkin terjadi… balas dendam akan berlaku terhadap mereka yang mengarah dan melakukan pembunuhan itu."

Pemimpin Tertinggi Iran mengulas sekatan yang dikenakan ke atas negaranya: "Sekiranya ada kesempatan untuk membatalkan sekatan itu, maka seharusnya tidak terlambat, walau satu jam sekalipun, demi manfaat daripada mereka juga."

Tambah beliau, "Kami tidak mengatakan bahawa kami tidak perlu lagi berusaha untuk mencabut sekatan itu, kerana jika ada kemungkinan untuk melucutkan sekatan itu, maka kami tidak boleh ditangguh walau satu jam, meskipun ia telah tertangguh selama empat tahun, sejak 2016, semua sekatan dianggap harus dicabut sekaligus. "

"Saya menyokong pegawai Iran, asalkan mereka menjaga hak-hak rakyat Iran… Saya mengesyorkan para pegawai Iran berusaha untuk menggagalkan sekatan tersebut, sebelum mereka mempertimbangkan untuk menjatuhkannya, dan tidak menaruh kepercayaan kepada musuh.

Khamenei memberi amaran bahawa, "Pihak asing tidak boleh dipercayai untuk menyelesaikan masalah dalaman," jelas beliauy lagi, "Permusuhan Washington terhadap Iran tidak terbatas pada pemerintahan Presiden Amerika, Donald Trump semata-mata."

Selanjutnya, beliau mengkritik negara-negara Eropah, dengan mengatakan: "Ketiga-tiga negara Eropah telah menangani Iran dengan penuh kekejaman serta kemunafikan, dan musuh-musuh tidak boleh dipercayai."

---------------------------

177